GPS sokong Muhyiddin kerana Dr M ‘tidak tegas’, kata Abang Johari

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengubah sokongan daripada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri kepada Muhyiddin Yassin kerana bekas perdana menteri itu “tidak tegas”.

Ketua Menteri Sarawak Abang Johari Openg berkata, GPS pada mulanya menyokong Mahathir untuk memimpin negara sebagai perdana menteri selepas beliau meletakkan jawatan sebagai ketua kerajaan sebelum ini.

“Tetapi kemudian, beliau (Mahathir) mengumumkan beliau bersedia untuk menjadi calon perdana menteri.

“Jadi itu sebabnya kenapa kami sokong Muhyiddin kerana beliau (Mahathir) ‘tidak tegas’, dan pada masa sama kepentingan Sarawak paling utama,” katanya ketika ditemui selepas lawatan kerja di Serikin, Bau di sini, hari ini.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker