PPBM keluar Pakatan Harapan

PPBM mengumumkan ia keluar daripada Pakatan Harapan, dalam kenyataan oleh presidennya, Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas semalam.

“Semua ahli Dewan Rakyat dari PPBM juga dengan ini keluar PH. Semua mereka menandatangani akuan bersumpah untuk terus menyokong dan memberi kepercayaan kepada Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri,” katanya.

Beliau berkata keputusan itu dibuat dengan mengambil kira perkembangan politik semasa dan masa depan negara.



FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker