Tiada tarikh, terpulang pada saya, kata Dr M selepas mesyuarat PH

Pimpinan tertinggi Pakatan Harapan sepakat untuk tidak menetapkan tarikh peralihan kuasa daripada Pengerusi Dr Mahathir Mohamad kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Mahathir pada sidang media selepas mesyuarat majlis presiden gabungan itu di Yayasan Kepimpinan Perdana malam tadi berkata keputusan itu dicapai sebulat suara.

“Kita bincang panjang lebar berkenaan dengan masa depan parti…terdapat 2 pendapat tetapi akhirnya, dan ini saya berada bangga, semuanya diserah kepada saya. Apa saya kata mereka akan turut dan saya kata peralihan akan berlaku selepas Apec,” katanya, merujuk kepada Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik pada November.

“Tiada tarikh – hanya selepas Apec. Terpulang pada saya sama ada saya nak lepas atau pun tak lepas. Itulah kepercayaan yang ditunjukkan parti kepada saya,” katanya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker