Esok mesti tetap tarikh peralihan kuasa – AMK Selangor

Pemuda PKR (AMK) Selangor menuntut Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang bermesyuarat esok supaya menetapkan satu tarikh khusus bagi peralihan kuasa Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kepada Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasi Pemuda PKR Selangor, Mohd Khairool Ngadon, berkata ketetapan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan Ketua Pemuda PKR negeri, Mohd Najwan Halimi.

“Menuntut Majlis Presiden PH yang akan bermesyuarat pada 21 Februari 2020 agar menetapkan satu tarikh khusus bagi peralihan jawatan Perdana Menteri melibatkan Dr Mahathir dengan Anwar.

“Anwar bersama Majlis Presiden PH pastinya berupaya memutuskan tarikh peralihan jawatan memandangkan wujud percubaan pihak tertentu dari dalam dan luar untuk menimbulkan suasana politik yang tidak menentu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Polemik mengenai peralihan kuasa semakin hangat apabila dikatakan terdapat akuan bersumpah (SD) dalam kalangan anggota Parlimen (MP) yang mahu Mahathir kekal sehingga habis penggal.

Perkara itu turut dibangkitkan Anwar yang juga Presiden PKR dengan mendakwa MP Umno, PAS dan segelintir PKR menandatangani SD berkenaan.

Pada 16 Feb lalu, pemimpin PKR memberi bayangan sesuatu perlu dilakukan, termasuk tekanan daripada pandangan awam sekiranya pelan peralihan kuasa antara Mahathir dan Anwar tidak berlaku.

Bekas bendahari PKR, William Leong, berkata sekarang adalah masa untuk menggunakan “pelan B” bagi memastikan Anwar diangkat sebagai perdana menteri kelapan.

Bagaimanapun, bagi Anwar isu peralihan kuasa antara Mahathir Mohamad dengan dirinya, apa yang penting adalah pendirian PKR dan PH yang menyokong perkara itu.

Mahathir bagaimanapun mengulang komitmen untuk meletakkan jawatan selepas sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) pada November ini.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker