Mengapa Hotel TH Kuching masih belum beroperasi?

Datuk Seri Najib Tun Razak mempersoalkan mengapa hotel dan pusat konvensyen milik Tabung Haji di Kuching masih belum beroperasi.

Menurut Najib, sehingga kini, hotel dan pusat konvensyen yang sudah siap dan sepatutnya dibuka pada pertengahan tahun 2018.

“Hotel 237 bilik dengan pusat konvensyen yang terletak berentangan dengan lapangan terbang Kuching ini sepatutnya dibuka pada pertengahan tahun 2018.

“Saya diberitahu bahawa staf hotel telah direkrut dan dilatih pada awal tahun 2018 sebagai persediaan pembukaan hotel.

“Selepas PH menang, semua pekerja hotel yang telah dilatih dibuang dan pembukaan hotel tersebut ditangguhkan sehingga hari ini,” kata Najib.

Rekaan hotel tersebut melakar sejarah di peringkat global apabila dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Reka Bentuk dan Pembinaan Hotel Baharu Terbaik Antarabangsa pada Disember 2017.

Najib mengesa pihak berkenaan agar memberi penjelasan mengapa hotel tersebut masih lagi tidak dibuka dan adakah ia turut tersenarai untuk dijual.

Sepatutnya dibuka tahun 2018 tetapi kini sudah Februari 2020, ianya masih belum bermula operasi untuk menjana pendapatan bagi Tabung Haji.

“Ini jelas satu pembaziran duit Tabung Haji. Apakah sebab hotel TH Kuching dibiarkan begitu sahaja?

“Adakah hotel yang sangat cantik ini sedang disediakan untuk dijual juga? Minta penjelasan,” kata Najib.-SuaraMerdeka

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker