Adun DAP hilang kerusi Pujut

Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan kelayakan Adun DAP, Dr Ting Tiong Choon telah sebagai wakil rakyat Pujut.

Menurut akhbar Borneo Post, dalam penghakiman majoriti 7 berbanding dua, mahkamah itu mengketepikan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi Kuching yang mengembalikan semula Dr Ting sebagai Adun Pujut.

Kelayakan Dr Ting sebagai Adun Pujut dibatalkan pada 12 Mei 2017 selepas usul dibentangkan di DUN Sarawak kerana beliau didakwa mempunyai dua kerakyatan iaitu Malaysia dan Australia.

Dalam penghakiman hari ini, Mahkamah Persekutuan memutuskan DUN mempunyai kuasa untuk membatalkan kelayakan Ting kerana beliau mempunyai dua kerakyatan meskipun melepaskan satu daripadanya sebelum bertanding dalam pilihan raya negeri yang lalu.
Iklan
Pada pilihan raya negeri Sarawak 2016, Dr Ting memenangi pertandingan empat penjuru di DUN Pujut dengan majoriti 1,759 undi, menewaskan Hii King Chiong (BN), Jofri Jaraiee (PAS) dan Fong Pau Teck (Bebas).

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker