Lepas 2 dekad menanti, Anwar tak kisah tunggu beberapa bulan lagi

Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan berkata, beliau tidak keberatan untuk menunggu enam bulan lagi sebelum dapat menjadi perdana menteri apabila Dr Mahathir Mohamad berundur dari jawatan berkenaan.

Dalam temu bual dengan Reuters, presiden PKR itu berkata sebelum ini pun beliau menunggu selama 20 tahun.

“Kamu sudah menanti 20 tahun, melanjutkannya enam bulan lagi sebenarnya bukan masalah,” katanya.

Anwar berata demikian semasa mengulas keyakinan beliau terhadap PH untuk menyokongnya sama seperti apa yang diberikan kepada Mahathir ketika ini.

Kata Awnar, jika ada permintaan untuk melakukan peralihan kuasa itu di parlimen, hal itu boleh dilakukan kerana PH memiliki majoriti di Dewan Rakyat.

“Mereka yang bukan dalam PH pun, sesetengah mereka akan menyokong perdana menteri semasa.

“Saya juga sudah diberikan jaminan itu. Mereka memberikan sokongan kepada Mahathir sebagai perdana menteri, dan mereka akan terus menyokong saya apabila saya mengambil alih nanti,” katanya.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker