MUSUH KITA PH BUKANNYA SESAMA SENDIRI – DR NAJMIL

Terkini di My KMU !!!!---->

1. Isu kerajaan gabungan yang hangat diperkatakan diantara BERSATU dan UMNO menjadi polemik sehingga mewujudkan perbalahan dalam kalangan ahli UMNO sendiri.

2. Akar umbi perlulah melihat perkara ini dengan rasional dan penuh timbang rasa. Seperti yang sudah dijelaskan, YB Dato Dr. Shamsul Anuar, Ketua Penerangan UMNO, tindakan ini adalah memanipulasi dan merupakan tuduhan melulu yang akan menjejaskan kekuatan UMNO.

3. UMNO punyai maruahnya sendiri dan perjuangan ini tidak boleh dikhianati kerana mendukung suara dan aspirasi rakyat untuk melihat UMNO sebagai peneraju negara.

4. Saya percaya, Presiden UMNO dan kepimpinan tidak akan membuat sebarang keputusan yang membawa padah kepada parti dan juga rakyat. Sudah tentu presiden memikirkan soal survival UMNO dan juga orang Melayu.

5. Janganlah kita berbalah sesama sendiri, lihatlah kembali kejayaan kita membentuk Muafakat Nasional dan memenangi beberapa siri PRK apabila semua ahli parti bersatu padu. Itu adalah lebih penting.

6. Jangan kita memperbesarkan isu yang tidak pasti ini dan hal ini akan mewujudkan ruang kepada PH untuk menyerang kita. Banyak lagi isu-isu yang lebih penting untuk kita perjuangkan seperti soal ekonomi, kebajikan dan sebagainya.

7. Kita sebagai ahli UMNO perlu sedar bahawa jika kita terus berbalah dalam soal ini sudah tentu PH-DAP telah berjaya melemahkan momentum kita sebagai pembangkang yang kuat.

8. Saya menyeru semua ahli UMNO supaya rapatkan saf dan hayati kembali asas perjuangan kita iaitu “BERSETIA, BERKHIDMAT DAN BERSATU” serta mempertahankan ideologi parti.

9. Setiap masalah dan perbezaan pendapat perlu diselesaikan melalui saluran parti serta kita harus sedar musuh kita ialah PH bukannya sesama kita.

Dr. Najmil Faiz Mohamed Aris
Exco PPUM/TKUB Kuala Terengganu

Leave a Reply