Anwar bidas ‘Pemimpin Rasuah’ yang raikan pemenjaraan Najib

Ketua pembangkang Anwar Ibrahim berkata beliau merasa “aneh” apabila mendapati terdapat segelintir pemimpin terpalit skandal rasuah turut “bersorak” dengan nasib Najib Razak yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun.

Bagaimanapun, Presiden PKR itu tidak merujuk kepada mana-mana individu.

“Kalau kita lihat reaksi kepada hukuman terhadap Najib saya tengok ada pemimpin (yang) perasuah besar pun dia kata bagus tindakan itu.

“Saya tengok itu pun aneh juga sebab rasuah ini tidak boleh khusus pada seseorang,” katanya kepada media selepas menghadiri seminar, di sini.

Beliau berkata, telah menjadi “bukti jelas” bahawa pemimpin dan bekas pemimpin meraih kekayaan berbilion ringgit yang didedahkan oleh Kertas Pandora dan Panama.

“Jangan ambil peluang seolah-olah mendabik dada .. sebab yang bercakap menyerang Najib ramai yang terpalit (dan) perasuah besar,” katanya yang mengingatkan individu berkenaan tidak berlagak seperti tiada apa yang berlaku.

“Bukti dah ada (di dalam) Pandora paper Panama papers, orang yang memang perasuah besar jangan ingat dia selamat. Dia berkata seolah-olah tiada apa berlaku”.

Mengulas mengenai desakan segelintir pihak yang mahu Najib diberi pengampunan diraja, Anwar berkata, permintaan itu terlalu awal memandangkan Ahli Parlimen Pekan itu masih berdepan kes rasuah yang lebih besar melibatkan dana 1MDB.

“Seperti mana disebut ketua hakim negara (Tengku Maimun Tuan Mat) kes terlalu terang. Jangan pakai marah saja….bila kita baca dan tahu, takkan kita nak pertahankan.

“Kes (Najib) ini terlalu jelas, soal pengampunan boleh dibawa tetapi kes lebih besar (melibatkan Najib) sedang berjalan. Tunggulah dulu,” katanya.

Semalam, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum kepada Istana Negara bagi mendesak Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob, memohon pengampunan diraja terhadap bekas perdana menteri Najib Razak.

Gesaan itu dibuat sehari selepas beliau dihukum penjara 12 tahun dan denda RM210 juta berhubung penyelewengan dana RM42 juta SRC International.

Najib yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang tiba di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal pagi tadi bagi perbicaraan kes 1MDB.

Najib menghadapi empat tuduhan menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 tuduhan pengubahan wang membabitkan jumlah sama.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kes Najib penganiayaan politik – Armand

Gurauan melampau rakan

Bekas mak nyah insaf selepas mimpi dibakar api

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker