TINDAKAN DISIPLIN MENANTI LOKMAN ADAM! WAJAR DIPECAT?

Menonton rakaman video kenyataan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Adam, yang menghentam keras Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi, yang beliau dakwa sebagai “membuat pengakuan bahawa memang ada perancangan untuk bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir membentuk satu pakatan baru” di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perhimpunan Muafakat Nasional UMNO hari ini.

Jelas sekali bahawa, walaupun jika mungkin sebahagian daripada perkara yang diperkatakan oleh beliau sedikit sebanyak ada asasnya, khususnya kenyataan beliau bahawa Datuk Seri Dr Zahid “perlu membuat satu mesyuarat ataupun Perhimpunan Agung Khas dan minta mandat daripada ahli”, kenyataan Datuk Lokman ini merupakan satu perlanggaran disiplin yang serius.

Antara perlanggaran disiplin yang serius ini adalah:

(a) Tidak menjaga rahsia-rahsia parti;
(b) Tidak memelihara nama baik dan maruah parti;
(c) Tidak menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.

Secara lebih spesifiknya, Datuk Lokman antara lainnya didapati:

(1) Merakamkan dan menyebarkan rakaman ucapan Presiden UMNO yang dibuat di dalam satu mesyuarat rasmi UMNO.
(2) Mencaci maki Presiden UMNO dengan antara lainnya menyebut:
i. “Apakejadah ni? Apakejadah? Macam ni ke Presiden UMNO?”
ii. “Inilah manusia durjana yang langsung tak ada rasa malu dan aib .”
iii. “Presiden pekak kita ini.”
(3) Mendakwa Presiden UMNO “nak melepaskan tengkuk dia daripada 87 pertuduhan.”
(4) Mendakwa Presiden UMNO “menggadaikan bangunan PWTC kepada Yahya Jalil.”
(5) Mendakwa “ada (di kalangan Ahli-Ahli MKT UMNO) yang tiap-tiap bulan makan gaji dengan Datuk Seri Hishammuddin.”

Lebih serius lagi, Datuk Lokman juga didapati mengheret nama baik Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, di dalam kemelut dalaman UMNO dengan membuat tuduhan liar berbunyi:

“Tuan Guru Haji Hadi sendiri pun, beliau mengatakan, bila beliau berjumpa dengan Tun Dr Mahathir, dia mengatakan sebarang kerjasama mesti melibatkan Datuk Seri Najib kerana hari ini Datuk Seri Najib merupakan figura, tokoh yang hari ini berada dekat dengan hati rakyat, sebarang kerjasama tanpa Datuk Seri Najib tidak akan membuahkan sebarang hasil.”

Saya menjangkakan tindakan disiplin menanti Datuk Lokman.

Rakaman video kenyataan Datuk Lokman boleh ditonton di sini:
https://www.facebook.com/LokmanNoorAdam/videos/1393769434134930/?v=1393769434134930

Dr. Kamarul Yusoff

Related Articles

One Comment

  1. Macam mana pula dengan Hishamuddin?

    Apa yang Hishamuddin buat jauh lebih merosakkan UMNO!!!

    If UMNO take action against Lokman, the same thing must be done against Hishamuddin…

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker