Pertahankan Presiden… Jangan Jadi Batu Api – Rizam

Share

Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail kecewa dengan sikap Datuk Lokman Noor Adam yang mengeluarkan kenyataan mendahului pemimpin parti kerana ianya boleh mendatangkan kerosakan dalaman parti yang lebih teruk daripada apa yang berlaku hari ini.

Jelas beliau, di dalam UMNO ini setiap pendapat dan pandangan ahli parti diraikan tetapi janganlah sehingga mampu memporak-perandakan keadaan yang baik di dalam parti.

Rizam yang juga Ketua Pemuda UMNO Selangor memohon agar semua pihak akur dengan keputusan Presiden UMNO sehingga pihak lain gagal memecah belahkan parti baik dari dalam ataupun di dalam parti.

“Saya menyelar tindakan Lokman Adam ini yang bersikap batu api… diingatkan supaya Lokman Adam harus mematuhi kepada parti yang mana tidak perlu membuat sebarang kenyataan yang mendahului kepimpinan parti.

“Saya melahirkan rasa kekecewaan ke atas tindakan Lokman Adam yang menjatuhkan imej Presiden sekaligus memberi imej negatif kepada parti UMNO keseluruhannya dengan kenyataan beliau itu.

“Harus diingatkan, UMNO bukanlah sebuah parti yang lahir dari jalanan tetapi UMNO lahir dari perjuangan dan semangat citra politik orang Melayu yang mempertahankan tanah nenek moyang mereka daripada penguasaan penjajah. Janganlah Lokman Adam terbawa-bawa dengan budaya politik Parti KEADILAN yang tidak berdisiplin,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar.

Katanya, beliau percaya bahawa keputusan parti akhirnya akan memberi kebaikan bukan sahaja untuk ahli parti malah demi rakyat hari ini yang semakin hari semakin ditekan dengan kegagalan demi kegagalan yang dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang memerintah negara.

“Saya percaya bahawa dengan setiap keputusan yang dibuat oleh Presiden parti bukanlah keputusan mengikut kehendak beliau sahaja tetapi sudah menimbang seadil – adilnya apakah kesan baik dan buruk yang bakal diterima demi ahli parti UMNO itu sendiri,” ujarnya. – UMNO ONLINE

Leave a Reply