Sumber air utama Kedah, P Pinang dicemari e-sisa

Bekas lombong pasir bersebelahan sumber air utama Kedah dan Pulau Pinang kini dipenuhi sisa buangan elektronik, menimbulkan kebimbangan mengenai ancaman pencemaran air di tengah-tengah kekurangan bekalan air disebabkan musim kemarau di wilayah itu.

Tinjauan FMT mendapati lombong seluas 3 ekar di Kampung Belida berhampiran Kuala Ketil, yang menjadi tempat memancing popular, kini dipenuhi sampah.

Ia hanya beberapa meter dari Sungai Muda, yang membekalkan air kepada lebih 50,000 pesawah serta sumber air utama untuk Kedah dan Pulau Pinang.

Penduduk kampung yang ditemui FMT berkata mereka bimbang logam e-sisa mudah meresap ke dasar sungai.

Ia berlaku kerana Kedah berdepan kekurangan bekalan air, dengan paras air Sungai Muda surut dari 2m kepada 1.4m disebabkan musim kemarau.

Enam bulan lalu, pakar alam sekitar memberi amaran berhubung satu lagi tapak pelupusan sampah di tebing sungai yang sama: tapak seluas 6 ekar berhampiran Sidam Kiri, Padang Serai, yang dipenuhi sisa plastik dari seluruh dunia.

Sisa buangan di situ kebanyakannya komponen elektronik seperti papan pemuka komputer serta sisa perbandaran dari luar negara.

Tinjauan di kawasan pembuangan sampah di Kampung Belida menunjukkan persamaan dengan tempat pembuangan haram lain di Sungai Petani. Terdapat pelet plastik dan sisa perbandaran dari Kanada, Perancis dan negara maju lain.

Aktivis Alam Sekitar, Aziz Mat Nayan berkata masalah itu bermula kira-kira 4 tahun lalu apabila penduduk tempatan mula membuang sampah di sana.

“Lombong itu digunakan dengan kedalaman 20 hingga 30 kaki. Dan ada air di dalamnya. Tetapi sekarang ia dipenuhi plastik sehingga melimpah.

“Kami banyak kali mengadu tetapi tidak ada tindakan yang diambil,” kata Aziz dari Persatuan Tindakan Alam Sekitar Sungai Petani kepada FMT.

Difahamkan pihak berkuasa menutup tapak tersebut kepada orang ramai semalam. FMT menghubungi kerajaan negeri Kedah untuk mendapatkan maklum balas.

Sementara itu, pengusaha lombong pasir memberitahu FMT bahawa lombong pasir mempunyai jangka hayat yang pendek.

“Selepas perlombongan selama 20 hingga 30 kaki kedalaman, pasir itu habis dan rekahan besar akan ditinggalkan,” katanya.

Beliau berkata pengusaha lombong yang tidak bertanggungjawab perlu dipersalahkan.

“Sesetengahnya membiarkannya dan meninggalkannya dipenuhi air, sesetengahnya mencari cara lain untuk menggunakan tanah mereka. Orang-orang ini akan membiarkan kontraktor membuang sisa mereka ke dalam rekahan yang dikorek.”

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker