Senyap-senyap harga simen naik mendadak – Wee

Saya pernah menulis di laman Facebook pada 15 Jun 2019 mengenai kenaikan harga simen dan konkrit yang amat menakjubkan akibat daripada monopoli industri pembekalan simen setelah YTL Cement Berhad mengambilalih pegangan saham 51% dalam Lafarge Malaysia Berhad.

https://www.bharian.com.my/bisnes/korporat/2019/05/559403/ytl-beli-operasi-lafargeholcim-di-malaysia

Akibat daripada bantahan kuat rakyat, akhirnya KPDNHEP masuk campur dan membatalkan hasrat syarikat pengilang simen untuk menaikkan harga secara mendadak. Janji pengilang pada ketika itu ialah, “tiada kenaikan dan sebarang kenaikan harga, akan mendapat persetujuan KPDNHEP”.

Akan tetapi, secara senyap-senyap harga simen dinaikan dari RM180 setan kepada RM230 setan. Pada bulan Februari 2020, harga simen naik lagi kepada RM260 – RM280 setan. Kadar kenaikan 44% dalam masa 4 bulan. Angka 444 dalam sebutan Bahasa Cina, “mati, mati, mati”!

Presiden Johor Master Builders Association melahirkan rasa kesal dan kehampaannya mengenai kenaikan yang terbaru ini. Apa yang pasti para pengguna atau lebih tepat lagi pembeli rumah akan sengsara akibat daripada tindakan pengilang simen. Bila harga simen naik, harga konkrit pasti akan naik juga dan seterusnya kos pembinaan meningkat dan akhirnya pasti akan ditanggung oleh para pengguna.

https://www.orientaldaily.com.my/news/nation/2020/02/01/324902

Persoalannya, kenapa Kerajaan PH tidak masuk campur dalam tren kenaikan harga simen pada bulan Oktober lalu dan terkini pada Februari 2020? Bukankah PH pernah menghalang kenaikan harga simen pada Jun 2019 apabila saya mengutarakan isu yang sama dan pengilang simen pula berjanji sebarang kenaikan akan dirujuk kepada Kerajaan PH terlebih dahulu? Adakah ini SST? ‘Slow Slow Tibai’? Atau, ‘Sangat-Sangat Teruk’? Kenapa para Menteri PH berdiam diri?

Pada 19 Jun 2019, PH menggunakan alasan harga simen merupakan barangan yang dikawal harganya dan terdapat rujukan harga bagi item ini. Para pengilang simen terus akur dengan keputusan kerajaan pada masa itu. Habis, kenapa tak dibuat untuk kali ini? Adakah Kabinet merestui kenaikan harga secara mendadak dalam tempoh 4 bulan sahaja?

Untuk membantu rakyat jelata, PH tidak boleh lepas tangan begitu saja, soal kenaikan harga simen dan konkrit pasti membebankan pengguna. Harga rumah pasti naik kerana kenaikan harga simen dan konkrit. Apa tunggu lagi PH?

Masih segar dalam ingatan saya bahawa Menteri Kewangan Lim Guan Eng pernah berhujah, “kalau kos pembinaan meningkat, kos sara hidup turut meningkat”. Jadi, adakah hujah ini masih boleh digunapakai?

#ApaSudahJadiPH?
#HargaSimen2KaliNaikDlmTempoh4Bulan
#PHMestiMenjagaKepentinganRakyatBukanPengilang
#JanganCakapTakSerupaBikin

Dari FB Wee Ka Siong

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker