Koronavirus: Sarawak sekat kemasukan pelawat dari China

Share

Semua warga China dan asing yang mengunjungi China dalam tempoh 14 hari lepas akan disekat daripada memasuki Sarawak berkuat kuasa serta-merta sehingga dimaklumkan kelak.

Bagaimanapun, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan langkah itu tidak termasuk mereka yang mempunyai pas pekerjaan, pas pelajar atau pas lawatan sosial jangka panjang.

“Tetapi, mereka perlu menjalani kuarantin sendiri yang wajib di rumah selama 14 hari,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut jawatankuasa itu, rakyat Sarawak yang pulang dari China dalam tempoh 14 hari lepas juga perlu menjalani kuarantin sendiri.

“Rakyat China yang sudah berada di Sarawak dinasihat melaporkan diri kepada konsulat China mengenai tempat tinggal mereka di Sarawak,” kata jawatankuasa itu sambil menambah langkah itu sebahagian usaha kerajaan negeri mengurangkan penyebaran koronavirus di Sarawak.

FMT

Leave a Reply