British Airways gantung semua penerbangan China

British Airways (BA) pada Rabu berkata ia menggantung semua penerbangan ke dan dari China susulan wabak koronavirus.

“Kami menggantung semua penerbangan ke dan dari tanah besar China dengan segera susulan nasihat dari Pejabat Luar Negeri (UK) terhadap semua penerbangan kecuali perjalanan penting,” kata BA dalam satu kenyataan ringkas.

“Kami memohon maaf kepada pelanggan kerana kesulitan itu, tetapi keselamatan para pelanggan dan anak kapal sentiasa menjadi keutamaan kami,” katanya.

BA terbang setiap hari dari lapangan terbang Heathrow London ke Shanghai dan Beijing.

Ads byInnity

Pengumuman mengenai penggantungan penerbangan itu dibuat selepas Urals Airlines Rusia pada Rabu berkata ia menggantung beberapa perkhidmatan penerbangan ke Eropah termasuk Paris dan Rom, lokasi popular dalam kalangan pelancong China kerana wabak tersebut.

Virus ini membunuh lebih 130 orang, beribu-ribu dijangkiti di 15 negara.

FMT

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker