Tiga lagi dikesan positif coronavirus

Share

Kementerian Kesihatan mengesahkan tiga lagi kes terbaru coronavirus atau 2019-nCoV membabitkan rakyat China, menjadikan tujuh kes direkod di negara ini setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam satu kenyataan berkata dua kes baru itu membabitkan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Maliha, Langkawi dan seorang lelaki berusia 52 tahun yang kini dirawat di wad isolasi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Sementara seorang lagi disahkan positif adalah menantu perempuan kepada kes coronavirus pertama di Singapura iaitu lelaki berumur 66 tahun.

“Beliau dahulunya berstatus negatif (coronavirus), mengambil keputusan untuk tinggal di Malaysia bagi menjaga kedua-dua anaknya yang sedang menerima rawatan di wad isolasi Hospital Sungai Buloh selepas mereka dikesan positif,” katanya.

Beliau berkata, tiga kes terbaharu ini adalah individu yang direkodkan dalam Pengesanan Kes Yang Disyaki (PUI) jangkitan novel coronavirus.

“Justeru, dari 10 Januari hingga semalam, jumlah kumulatif kes PUI bagi jangkitan 2019-nCoV adalah 78 orang; yang mana 39 adalah warganegara Malaysia, 36 warga China dan masing-masing satu warganegara Jordan, Brazil dan Thailand.

“Tiga kes sudah disahkan positif 2019-nCoV, 74 adalah negatif 2019-nCoV dan satu kes masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

BH

Leave a Reply