PLUS: LGE Pro-Rakyat atau Alat Peniaga?

oleh Ab Jalil Backer

Panjang lebar Menteri Kewangan menulis mengenai sejarah perjanjian PLUS dan mahukan pujian kerajaan menurunkan kadar tol dibawah PLUS sebanyak 18%.

Apa yang LGE gagal menerangkan ialah PH hanya mampu membuat keputusan ini dengan ‘bantuan’ secara tidak langsung oleh Najib Razak.

Ini kerana PLUS hanya ‘dikuasai’ oleh Kerajaan pada 2011 apabila Perdana Menteri Mohd Najib Razak mencadangkan KWSP membeli sebahagian besar saham pelabur lain.

KWSP meningkatkan pegangan sehingga 49% manakala Khazanah Nasional memiliki 51%.

Keputusan bijak Najib Razak ini telah membolehkan PH mengenakan tekanan kepada Khazanah Nasional dan KWSP mengikut kehendak politik mereka semaksimum mungkin.

Keputusan menurunkan kadar tol secara ‘arahan politik’ ini merupakan campurtangan kerajaan yang tidak sihat kepada persekitaran ekonomi negara.

Realitinya Lebuh Raya PLUS bukan membabitkan kos sara hidup harian rakyat banyak. Ia lebih kepada kehendak dan nafsu para usahawan pengangkutan kargo atau barangan.

Penurunan ini lebih mengayakan syarikat pengangkutan barangan. Kadar tol turun, kadar penghantaran barangan tidak turun, maka peniaga ini ada lebihan untung 18%.

Kerajaan BN boleh sahaja mengarahkan PLUS menurunkan kadar tol atau menghapuskannya, namun ia akan menjejaskan wang rakyat dan pencarum KWSP yang telah digunakan untuk pengambilalihan tersebut.

Misalnya penurunan kadar tol ini ditambah dengan inflasi kos baik pulih dan penjagaan lebuh raya, akan menyebabkan KWSP mendapat pulangan yang rendah pada masa akan datang.

Rendahnya pulangan pelaburan KWSP bermakna rendah pula dividen kepada pencarum KWSP.

Oleh kerana pemegang saham merupakan rakyat Malaysia maka kerajaan dahulu tidak terlalu berkira dalam membayar pampasan sekiranya ada ketika perlu menghalang kenaikan tol.

Malangnya Menteri Kewangan akal singkat ini membuat arahan yang tidak memenuhi rasional pengurusan ekonomi.

Mengarahkan PLUS menurunkan harga tol sebabyak 18% dan tiada kenaikan selama berpuluh tahun mendatang memberi gambaran negara ini sedang ditadbir oleh orang buta ekonomi.

Orang tidak faham perniagaan dan ekonomi sahaja boleh bagi jaminan tiada kenaikan selama berpuluh tahun. Ia menentang segala peraturan ekonomi perniagaan yang harus mengambil kira tahap inflasi semasa dan masa depan.

Tampaknya LGE hanya bermain politik persepsi menyebelahi rakyat tetapi realitinya beliau membantu sekumpulan peniaga tertentu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker