Nasib Palestin Dan Rakyatnya Sentiasa Menjadi Keutamaan UMNO – Zahid

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menerima kunjungan delegasi Hamas yang diketuai Ismael Haniyya.

Dalam pertemuan 40 minit itu, kedua-dia pihak berbincang serta bertukar-tukar pandangan mengenai nasib masa depan rakyat Palestin serta pendirian UMNO mengenainya.

Ismael yang kali pertama ke Malaysia telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

Zahid berpendapat Bangsa-Bangsa Bersatu tidak perlu berkompromi dalam mencari jalan penyelesaian terhadap isu Palestin dengan menghentikan keganasan Israel.

Ismael pula berkata, Palestin amat memerlukan sokongan antarabangsa bagi mewujudkan sebuah negara berdaulat yang aman sejahtera.

UMNO, ujar Zahid, sudah lama menjalin hubungan dengan Palestin dan setiap isu rakyat yang tertindas itu tetap menjadi perhatian dan keutamaannya.

“Amat malang kerana makin banyak negara Islam mewujudkan hubungan dengan rejim Yahudi di Tel Aviv, malah ada yang menyokong pemindahan kedutaan Amerika ke Baitulmuqaddis.

“Masyarakat dunia, khasnya dunia Islam patut bersatu untuk mendesak Amerika melihat bahawa sokongan kepada Palestin adalah sokongan kepada keamanan mutlak di rantau itu”, katanya.

Ismael pula berkata, kedegilan Amerika untuk terus membantu sekutunya itu akan menjejaskan semua usaha perdamaian, di samping diambil kesempatan oleh Israel bagi meluaskan dasar perumahannya di bumi Palestin.

“Ini sekaligus akan membataskan gerakan rakyat Palestin dan Islam sedunia daripada menghampiri Al-Quds atau Baitulmuqaddis.”

Rombongan itu turut disertai timbalan ketua Hamas, Saleh Alarrouri, ketua diasporanya Maher Salah dan ketua perhubungan hal-ehwal Arab dan Islam, Izzat al-Reshiq. -UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker