LGE Bukan Malas Nak Layan Tapi Tak Tahu Apa Boleh Dijawab…

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah

 

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menganggap Lim Guan Eng (LGE) tidak tahu apa yang boleh dijawab kepada pelbagai kenyataan daripada mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana yang disebut penuh dengan fakta.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan LGE yang mendakwa ‘sudah malas melayan Najib’ berhubung kutipan cukai 2018.

“Lim Guan Eng (LGE) sudah malas layan Najib. Sebenarnya bukan malas, tetapi LGE tidak tahu apa yang boleh dijawab kerana apa yang Najib Razak sebut penuh dengan fakta.

“LGE penuh dengan auta. Bohong. Menteri beginilah yang telah hancurkan ekonomi Malaysia,” katanya yang juga Ahli Parlimen Lenggong menerusi kenyataan pendek dalam laman Facebooknya.

Terdahulu Najib dan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain mendakwa peningkatan kutipan cukai sebanyak RM13 bilion pada tahun lepas adalah hasil usaha kerajaan terdahulu dan bukannya Pakatan Harapan (PH). – UMNO Online

Guan Eng penyumbang utama kekalahan PH di #PrkTgPiai.

Related Articles

One Comment

  1. Kalau malas nak layan apa lagi. Tangkap je lah. Ada pulak duit rakyat jawab malas nak layan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker