Anwar pun sedia jumpa Hadi, jawab isu ‘susunan politik baru’

Presiden PKR, Anwar Ibrahim juga sedia berjumpa Abdul Hadi Awang walaupun sibuk, ketika ditanya pemberita mengenai “susunan politik baru” di Putrajaya susulan pertemuan presiden PAS dengan perdana menteri.

“Tak ada masalah, tak ambil permusuhan peribadi dengan sesiapa. PAS atau tidak, bagi saya soal prinsip,” katanya kepada pemberita di satu program di Universiti Sultan Zainal Abidin, Gong Badak, Terengganu.

Anwar juga menyifatkan cakap-cakap mengenai penjajaran penyokong Dr Mahathir Mohamad dengan PAS itu hanya “tafsiran umum”.

“Boleh jadi bayangan PAS,” katanya, tanpa huraian lanjut.

FMT memetik sumber yang arif dengan rancangan-rancangan di Putrajaya berkata pengaturan semula lanskap politik Malaysia secara besar-besaran, yang boleh mengangkat PAS ke kuasa persekutuan, mungkin sedang dirancang berikutan kemerosotan sokongan kepada kerajaan PH.

Menurut sumber, penjajaran PPBM dan PAS mungkin akan memunahkan harapan DAP untuk menjadi sebahagian daripada kerajaan PH, tetapi pasti akan menghalang cita-cita Anwar yang mahu menjadi perdana menteri.

Mahathir memandang ringan laporan itu, mengatakan tugasnya berjumpa “semua orang”.

“Walaupun mereka musuh saya,” katanya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker