Pembeli rumah terbengkalai tak yakin jawapan exco Selangor

Salah seorang pembeli projek perumahan terbengkalai yang dikaitkan dengan kerajaan negeri kecewa dengan kenyataan Exco Perumahan dan Kehidupan Bandar Selangor, Haniza Talha yang berjanji akan mengembalikan duit mereka sebagai salah satu langkah penyelesaian.

Individu yang dikenali sebagai Yan Yee berkata beliau yakin mereka tidak mungkin memperoleh semula duit itu selepas tiada jalan penyelesaian dan tertangguh sejak tahun lalu.

“Banyak kali pembeli dipersalahkan dan dituduh oleh kenyataan yang salah.

“Ya, saya kecewa walaupun Haniza dilihat mahu tenangkan perkara itu.

“Ada satu status (Haniza) di media sosial sebelum ini dibuat yang ingat pembeli yang salah tetapi telah dipadam,” katanya kepada FMT.

Semalam, Haniza berkata akan mengembalikan duit pinjaman atau bayaran pembeli projek perumahan terbengkalai yang mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri sebagai antara cadangan penyelesaian yang ditawarkan.

Haniza berkata, satu pertemuan akan diadakan dengan wakil pembeli projek perumahan Residensi Jaya, Helmi Hamid selepas Tahun Baru Cina bagi mencari penyelesaian.

Ahad lalu, FMT melaporkan lebih 50 pembeli projek perumahan terbengkalai itu mendesak kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah dihadapi mereka.

Wakil pembeli projek perumahan Residensi Jaya di Seri Kembangan, Helmi Hamid, 38 berkata, beliau terkilan apabila harapan untuk memiliki rumah pertama musnah kerana projek yang diharapkan siap pada 2021 masih tidak berjalan.

Residensi Jaya mempunyai 2 blok, Jenis C bernilai RM210,000 dan D (RM250,000). Setiap blok adalah setinggi 11 tingkat dan mempunyai 394 unit apartment dan 9 unit kedai.

ADVERTISING

Pada 25 Okt tahun lalu, pemaju yang seharusnya bertanggungjawab menyiapkan rumah berkenaan diisytiharkan bankrap.

Mengulas lanjut, Yan berkata beliau juga tidak pasti sama ada akan ada pertemuan dibuat lepas Tahun Baru Cina bagi mencari penyelesaian.

Beliau berkata setakat ini belum menerima apa-apa maklumat mengenai pertemuan yang dinyatakan Haniza itu.

“Setakat ini hanya 3 wakil pembeli sahaja boleh masuk dalam perjumpaan dengan kerajaan negeri itu.

“Tak tahu bila boleh selesai perkara ini,” katanya.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker