Pas saran pemimpin DAP yang rasis, tidak hormat Perlembangaan dilucut jawatan

Pas menyarankan agar pemimpin DAP yang bersifat rasis, tidak menghormati Perlembagaan dan sejarah negara selain tidak berdaya saing dilucutkan daripada jawatan menteri atau timbalan menteri.

Menurut Ketua Penerangan Pas Kamaruzaman Mohamad, pemimpin DAP berkenaan hanya menjadi bebanan kepada kerajaan Pakatan Harapan dalam mentadbir negara.

Kamarulzaman berkata, isu sensitiviti agama, kedaulatan bahasa Melayu, bendera Malaysia, tulisan Jawi dan desakan usul Pilihan Raya Kerajaan Tempatan, ICERD, Statut Rom dan pelbagai lagi menjadi bukti jelas bahawa parti itu semakin lancang di dalam merobek Perlembagaan negara.

“Perkara-perkara ini menjadi sebab utama ramai pemimpin Melayu dalam kerajaan PH mula merasakan bahawa DAP adalah punca terbesar masalah PH.

“Tambahan lagi, DAP juga menjadi faktor penolakan rakyat yang mengundi PH pada Pilihan Raya Umum ke-14, di mana pengundi ini telah beralih arah kepada pembangkang dan ini dibuktikan dalam beberapa siri Pilihan Raya Kecil,” kata Kamarulzaman.

Sebelum ini Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Johan Jaafar menulis 20 kritikan keras terhadap pemimpin DAP. Kritikan berkenaan disiarkan dalam akhbar Sinchew Daily.

Johan berkata, Ramai remimpin Melayu dalam Kerajaan PH mula meyakini bahawa DAP adalah punca masalah PH dan pemimpin-pemimpin DAP masih berkelakuan seperti mereka dalam barisan pembangkang.

Menurut Johan, DAP masih dilihat sebagai sebuah parti Cina dan kepada ramai Melayu DAP masih sebuah parti rasis dan cauvinis Cina dan sesetengah daripada pemimpin DAP membuat kenyataan yang tidak boleh diterima oleh orang-orang Melayu.

Johan juga berkata, pemimpin-pemimpin DAP masih terperangkap dalam set minda lama dan ramai pemimpin Melayu dalam PH percaya keadaan akan menjadi lebih baik tanpa kehadiran DAP dalam PH.-SuaraMerdeka

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker