Kerajaan PH Tidak Takut Menipu Kerana Mentaliti Mereka Kerajaan Sepenggal – Dr Puad

Share


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata semenjak kerajaan Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) 14 lalu, negara ini terus dilanda malang atas sikap ego pemimpinnya.

Jelas beliau, pemimpin PH tidak memikirkan kestabilan politik negara sebaliknya banyak kerakusan dan kerosakan yang dilakukan oleh mereka.

“Mungkin dalam pemikiran mereka(PH) … lantaklah apa yang akan berlaku selepas PRU 15 kerana PH tidak lagi memerintah. Biarlah kerajaan baru selepas PRU 15 tanggung kerosakan yang berlaku sekarang.

“Mereka tidak takut menipu kerana sudah menjangkakan PH hanya boleh bertahan sepenggal sahaja. Patutlah Tun Mahathir mengatakan bahawa PH mungkin memerintah sepenggal,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Sementara itu, Dr Puad Zarkashi yang juga Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat merasa kecewa pelanjutan konsesi tol Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) yang ditambah sehingga tahun 2058 dan diberikan pengurangan sebanyak 18 peratus.

“Konsesi tol PLUS sepatutnya tamat pada tahun 2038, bermakna 18 tahun lagi dan bayaran tol PLUS akan berakhir tetapi terpaksa dilanjutkan hingga tahun 2058 untuk divert janji hapus tol. Menteri Kewangan Lim Guan Eng memperkenalkan diskaun tol 18 peratus.

“Kena tunggu 38 tahun dari sekarang baru bayaran tol PLUS tamat dan rakyat dipaksa membayar tol PLUS untuk 38 tahun lagi. Semoga Guan Eng hidup lagi ketika itu,” tambahnya lagi.

Tegasnya, Guan Eng mahu rakyat lupakan janji hapuskan tol. Tetapi rakyat akan pastikan kerajaan sepenggal jadi kenyataan.

“Berdoalah Guan Eng… supaya tidak ada lagi PRK dalam masa terdekat. Rakyat akan memenggal kamu supaya menjadi sepenggal,” bidasnya lagi. –UMNO ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *