Jual aset TH, ada ke Menteri PH kita begitu kecut dan tidak bertanggungjawab – Najib

Pendedahan TH Plantations luluskan untuk melupuskan 76.2% jumlah keluasan ladang milik mereka, di mana 3 dari 14 penjualan sudahpun selesai, sudah menjadi satu isu yang begitu tular dan dibaca berjuta orang.

Isu ini juga melibatkan 9.3 juta pendeposit Tabung Haji.

Ramai yang komen juga berpendapat bahawa langkah ini adalah satu pengkhianatan kepada semua Umat Islam Malaysia.

Dah masuk laporan media tempatan.pun.



19 Jan 2020 : Najib gesa Mujahid perjelas penjualan ladang Tabung Haji
https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/213521

Tetapi Menteri yang jaga Tabung Haji dan yang kononnya jaga agama Islam masih tak berani nak nafi atau jelaskan pendedahan ini?

Adakah dia fikir bahawa kecaman ramai di mana dia dituduh khianat kepada Agama tak cukup berat untuk dia buka mulut ke?

Isu Tanglong, isu Ponggal dia laju. Ini dia buat-buat tak nampak pulak.



Posting 2

Kekanda menteri Haji yang jaga segala agama,

Bila mahu jawab?

Sekurang-kurangnya tuduhlah bahawa Najib fitnah Tabung Haji atau berbohong, jika berani.



Atau keluarkanlah kenyataan media seperti Mat Sabu tahun lepas bahawa Najib dalam khayalan apabila saya dedahkan LTAT jual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang kepada Singapura sebelum akhirnya mengaku Najib betul.

Jumlah kawasan ladang milik Tabung Haji Plantations:

– Sebelum rancangan pelupusan 14 syarikat:: 101,000 hektar

– Selepas pelupusan di bawah PH:: 24,000 hektar



3 dari 14 syarikat tersebut sudahpun selesai dijual pada Disember 2019.

Selepas selesai semua penjualan 14 syarikat ini, saiz TH Plantations akan jatuh ke bawah syarikat-syarikat seperti United Plantations Bhd, TSH Resources dan Hap Seng Consolidated.

Kongsi post ini. Biar jadi viral sehingga Menteri Haji jawab.

Butiran dan bukti rancangan penjualan 14 syarikat melibatkan 76.2% atau 77,000 hektar ladang milik Tabung Haji Plantations:



Pelupusan pertama melibatkan dua syarikat:

Posting 3

76.2% DARI KESELURUHAN LADANG SAWIT MILIK TABUNG HAJI SUDAH/SEDANG DIJUAL OLEH PH

Saya telah banyak kali memberi amaran bahawa penjualan aset negara pada masa harga aset dan pasaran lemah adalah langsung tidak masuk akal.



Kes TH Plantations Bhd (THP) milik Tabung Haji merupakan contoh yang amat jelas.

Pada masa saya PM, jumlah keluasan ladang sawit milik THP naik berganda dari 30,500 hektar (2009) ke 101,000 hektar pada masa PRU14 – terutama melalui pembelian ladang dalam negara.

Ini selaras dengan matlamat Tabung Haji untuk memperkasakan ekonomi umat Islam.

Tetapi masuk PH, mereka LULUSKAN untuk menjual 77,000 hektar ladang milik THP yang dipegang melalui 14 anak syarikat.
https://www.bursamalaysia.com/…/compa…/announcement_details…

Alasan yang diberi ialah mahu bayar hutang.

Ini bermakna 76.2% dari kesemua ladang sawit milik THP sudah atau sedang dijual.

Penjualan 3 dari 14 anak syarikat ini sudahpun selesai.

5 Dis 2019: Penjualan Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd dengan saiz ladang 6,514 hektar
https://www.bursamalaysia.com/…/compa…/announcement_details…

31 Dis 2019: Penjualan THP-YT Plantation Sdn. Bhd dengan saiz ladang 2,594 hektar.
https://www.bursamalaysia.com/…/compa…/announcement_details…

Saya percaya ada beberapa penjualan lain cuma tunggu masa untuk diumumkan.

Lagi menyedihkan ialah penjualan-penjualan ini dilakukan selepas THP menukar jurunilai (valuer) dan menurunkan nilai buku anak-anak syarikat yang sedang dijual.

Misalnya, harga buku syarikat Bumi Suria Ventures Sdn Bhd dan Maju Warisanmas Sdn Bhd pada tahun 2017 diturunkan dari RM380 juta dan telah dijual dengan harga RM170 juta atau RM10,500 setiap ekar (24 sen satu kaki persegi).

Pengeluaran dan pendapatan ladang yang dijual itu semakin meningkat setiap tahun tetapi tiba-tiba telah dijual dengan harga 56% di bawah harga buku semasa harga sawit belum memulih..

Pembeli amat happy sekarang memandangkan harga sawit sedang memulih manakala THP mengalami kerugian besar akibat penjualan ini.

Pada masa kini, harga break even point minyak sawit untuk THP adalah RM2,200 satu tan.
https://www.theedgemarkets.com/…/special-report-thp-seeks-u…

Sepanjang tempoh 9 tahun saya PM, THP tak pernah rugi manakala saiz keluasan ladang sawit THP naik 3 kali ganda.

Masuk PH je, THP mula rugi sehingga terdesak menjual tanah dan ladang semasa harga rendah dan selepas nilai buku aset THP diturunkan dengan amat dasyhat akibat menukar jurunilai.

Jka harga sawit di bawah RM2,200, THP akan mengalami kerugian.

Jika harga sawit adalah di atas RM2,200, THP akan mengumumkan keuntungan.

Kini harga sawit telah memulih, kenapa penjualan 76.2% dari jumlah keluasan ladang sawit milik Tabung Haji masih diteruskan?

Apakah akan terjadi dengan masa depan TH Plantations?

Dan ke mana perginya matlamat Tabung Haji untuk memperkasakan ekonomi umat Islam?

Menteri Kekanda yang menjaga segala Agama perlu jawab!

Posting 4

Dua minggu dulu, saya dedahkan bahawa Tabung Haji telah luluskan dan sedang jual 76.2% dari jumlah keluasan ladang sawit milik TH Plantations (THP)?

Tiga dari 14 syarikat terlibat yang diluluskan untuk dijual telahpun selesai dijual.

Oleh kerana Menteri Haji membisu, hari ini saya dedahkan lagi tentang penjualan pertama iaitu penjualan Bumi Suria Ventures Sdn Bhd (BSV) dan Maju Warisanmas Sdn Bhd (MW) dengan jumlah keluasan tanah 6,514 hektar pada harga RM170 juta.

Penjualan ini selesai pada 5 Disember 2019 pada masa harga sawit belum memulih.
https://disclosure.bursamalaysia.com/F…/apbursaweb/download…

Kedua-dua syarikat itu dibeli dari syarikat bukan bumiputera pada Februari 2013 dengan harga RM264 juta.

THP memperluaskan tanaman sawit di atas tanah tersebut.

Pengeluaran Buah Tandan Segar pun naik setiap tahun:
2016 (BN) – 24,841 tan
2017 (BN) – 45,105 tan
2018 (PH) – 52,040 tan

Pendapatan serta KEUNTUNGAN syarikat juga meningkat setiap tahun (sehingga tahun 2018 apabila ianya rugi besar akibat dinilaikan semula oleh jurunilai baru dilantik PH.

Tanah tersebut berpotensi menghasilkan 160,360 tan Buah Tandan Segar setahun.

Ini bersamaan dengan pendapatan RM80.2 juta setahun jika harga Buah Tandan Segar ialah RM500 satu tan.

Oleh kerana pengeluaran dan keuntungan semakin meningkat, nilai syarikat-syarikat itu meningkat menjadi RM366.5 juta pada tahun 2017 seperti dinyatakan dalam laporan tahunan THP 2017.

Jurunilai THP selama ini ialah syarikat terkenal CH Williams Talhar & Wong.

Tapi mereka diganti oleh jurunilai baru pada tahun 2018 selepas PH ambil alih.

Jurunilai baru tukar dua andaian paling asas untuk menilai syarikat tersebut:

1. Nilai tanah selepas tempoh pajakan (leasehold) 60 tahun tamat diberi nilai sebagai sifar. Ini bermakna jurunilai membuat andaian bahawa tanah tersebut tidak akan disambung pajakan oleh kerajaan negeri.

2. Kadar diskaun (Discount rate) yang digunakan dalam cara penilaian Discounted Cash Flow (DCF) dinaikkan dari 9% menjadi 14%.

Siapa yang belajar akaun akan tahu bahawa Discount rate ini biasanya adalah sedikit lebih tinggi berbanding kadar faedah bank (6%) dan semakin tinggi discount rate, semakin rendah nilai aset tersebut.

Tidak dinyatakan kenapa discount rate yang digunakan dalam penilaian aset tiba-tiba dinaikkan begitu tinggi dari 9% ke 14%.

Akibat penukaran jurunilai dan andaian yang digunakan untuk menilai, harga buku dalam laporan tahunan THP 2018 jatuh dari RM366.5 juta menjadi RM122.4 juta.

Selepas itu, kedua-dua syarikat itu dijual pada harga RM170 juta pada Disember 2019.

Pembeli ialah syarikat bukan Bumiputera bernama Tamaco Resources di mana pengarah-pengarah dan pemilik saham adalah bernama Lim.

Oleh kerana harga yang dijual adalah lebih rendah berbanding harga pembelian pada tahun 2013 walaupun pengeluaran dan pendapatan semakin meningkat pantas, THP mencatat kerugian dengan penjualan ini.

Akhirnya, syarikat yang ada potensi mengeluarkan RM80.2 juta nilai buah tandan segar setahun dijual dengan harga RM170 juta pada masa harga sawit sedang memulih dan pengeluaran semakin meningkat.

Menteri Haji terus membisu.

Posting THP jual 76.2% ladang sawit mereka:

Dari FB Najib Razak

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker