Shahrir Samad, Ahmad Maslan Didakwa SPRM… Presiden UMNO Beri Sokongan Moral

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hadir ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pagi ini bagi memberikan sokongan moral kepada Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abd Samad dan Ahli Parlimen Pontian Datuk Seri Ahmad Maslan yang menjalani pendakwaan hari ini.

Dilaporkan Shahrir dan Ahmad menghadapi pendakwaan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

Menurut kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Shahrir akan menghadapi satu pertuduhan, manakala Ahmad akan dikenakan dua pertuduhan di bawah akta berkenaan.

Oktober lalu, SPRM mengeluarkan notis kompaun terhadap 80 individu dan entiti yang dipercayai menerima dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Berikutan itu, seramai 42 pihak yang menerima kompaun daripada SPRM berhubung dengan notis yang diberikan agensi berkenaan termasuklah Shahrir dan Ahmad telah membuat laporan polis bagi menyatakan rasa tidak puas hati berhubung beberapa perkara yang berkaitan.

Antara sebab tidak puas hati ialah wang yang diterima daripada presiden parti dan juga perdana menteri pada ketika itu pada tahun 2012 dan 2013, wang yang diterima itu dana politik, dan dalam peraturan serta undang-undang Malaysia dana politik dibenarkan selain nilai yang dikenakan ada yang digandakan dan majoriti digandakan 2.5 kali ganda. – UMNO ONLINE

Shahrir Samad mahu dibicara selepas dituduh gagal isytihar RM1 juta

Bekas pengerusi Felda, Shahrir Samad mengaku tidak bersalah terhadap 1 tuduhan mengikut undang-undang pengubahan wang di Mahkamah Sesyen hari ini, berkaitan dana yang dikatakan diterima daripada Najib Razak.

Shahrir dituduh gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri itu dalam penyata cukai 2013.

Bekas ahli Parlimen Johor Bahru itu dikatakan mendepositkan cek daripada Najib ke dalam akaun banknya pada 28 Nov 2013.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA).

Beliau berdepan hukuman penjara antara 5 hingga 15 tahun, denda RM5 juta atau 5 kali ganda daripada hasil haram itu.

Terdahulu, rakan separti, Ahli Parlimen Pontian, Ahmad Maslan mengaku tidak bersalah terhadap 2 tuduhan mengikut akta sama.

Mereka antara 80 individu dan pertubuhan yang dinamakan SPRM sebagai menerima lebih RM420 juta daripada Najib.

SPRM berkata dana itu daripada 1MDB.

Badan anti-rasuah itu mengeluarkan kompaun kepada mereka, menuntut mereka memulangkan wang itu.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker