Malangnya Rakyat Malaysia Ada Menteri Kewangan Tak Diyakini Seperti LGE

Ketua Penerangan UMNO Malaysia Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata adalah malang bagi rakyat negara ini kerana mempunyai Menteri Kewangan seperti Lim Guan Eng (LGE).

Bidasnya, jelas Guan Eng Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang tidak boleh diyakini kerana memberikan alasan tol tidak boleh dihapuskan kerana hutang 1MDB.

“Masih tidak berubah. Dan inilah yang menjadi punca kemerosotan ekonomi Malaysia.

“LGE mesti sedar apa saja kenyataannya boleh mempengaruhi ekonomi negara. LGE juga perlu tahu rakyat bijak dan boleh menilai.

“Justeru itu, janganlah terus berbohong dan mengeluarkan kenyataan yang tidak betul. Bercakap gunalah fakta yang tepat,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini PH mengumumkan akan menurunkan kadar tol Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sehingga diskaun sebanyak 18 peratus bermula Februari ini tetapi dengan melanjutkan tempoh konsesi sehingga tahun 2058, 20 tahun lewat mengikut perjanjian sebelum ini yang akan tamat pada 2038.

Untuk rekod, di dalam Janji 6 di dalam Buku Harapan ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu PH telah berjanji untuk menghapuskan kutipan tol.

Tempelak Dr Shamsul yang juga Ahli Parlimen Lenggong lagi, Guan Eng ingat rakyat bodoh dan tegasnya kepada Ahli Parlimen Bagan itu berilah alasan yang tepat.

“Kalau berterusan begini. Malaysia akan jauh tertinggal berbanding negara lain.

“Malang rakyat Malaysia punyai Menteri Kewangan begini,” ujarnya. – UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker