Warisan kalah mungkin kerana pengundi belum rasai kebaikan kerajaan, kata Dr M

Dr Mahathir Mohamad menganggap kekalahan Warisan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis semalam mungkin disebabkan pengundi setempat belum merasai kebaikan pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Beliau bagaimanapun yakin lambat laun rakyat di negeri itu umumnya, akan memahami dan merasai pemerintahan kerajaan hari ini lebih baik berbanding kerajaan terdahulu.

“Segala yang kita lakukan mengambil masa, macam kita buat dasar baru untuk pertanian, kita tidak boleh buat hari ini esok sudah dapat hasil, kena ambil masa,” katanya pada Majlis Makan Malam Santai 2020 Parlimen Kuala Kedah dekat sini, malam tadi.

PH ialah rakan sekutu Warisan di Sabah bersama sebuah lagi parti tempatan, Pertubuhan Pasok Momogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko).

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker