Influenza : Kerajaan tiada statistik rasmi

Share


Kementerian Kesihatan tidak mempunyai statistik rasmi kes influenza A kerana ia bukan penyakit yang wajib dilaporkan kepada pihak berkuasa, walaupun permintaan vaksin anti-virus meningkat secara mendadak.

“Influenza A ialah penyakit yang tidak wajib lapor di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, maka kita tidak ada bilangan sebenar kes itu,” kata jurucakap menteri kesihatan ketika dihubungi FMT hari ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Johor, Dr Aman Rabu mengesahkan influenza seperti penyakit selsema lain dan tidak dikategorikan sebagai penyakit wajib lapor.

“Tidak seperti Denggi. Bagaimanapun, kita akan memantau untuk mencegah dari terjadinya wabak,” katanya.

Semalam, kes influenza melibatkan pelajar sekolah dilaporkan meningkat di Pulau Pinang (161 pelajar di 77 sekolah meningkat kepada 178 pelajar di 87 sekolah) dan Perak (57 meningkat kepada 79 pelajar di 47 sekolah).



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *