Putrajaya benarkan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat mula kutip tol selama 43 tahun.

Putrajaya membenarkan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (LPPB) yang menyambungkan Banting di Selangor ke Taiping di Perak mula mengutip tol hari ini.

Menurut warta kerajaan persekutuan semalam, syarikat konsesi West Coast Expressway Sdn Bhd dibenarkan mengutip tol selama 43 tahun sehingga 19 Dis 2063.

Warta itu dikeluarkan Jabatan Peguam Negara dan ditandatangani Menteri Kerja Raya, Baru Bian.

Lebuhraya itu mempunyai plaza tol di Hutan Melintang, Teluk Intan, Kg Lekir, Sitiawan, Sitiawan Utara, Changkat Chermin dan Beruas.

LPPB sepanjang 233km itu dibina dengan kos keseluruhan RM5.044 bilion dan mempunyai 21 persimpangan bertingkat, termasuk 11 di Perak dan 10 lagi di Selangor.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker