Guan Eng: Bangunlah Dari Mimpi… Ekonomi Semakin Merosot – Dr. Najmil

Share


Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata ekonomi negara semakin merundum semenjak pentadbiran Pakatan Harapan (PH).

Jelas beliau, sewajarnya Menteri Kewangan, Lim Guan Eng harus sedar dari dibuai mimpi dan harus bertanggungjawab terhadap kemelesatan ekonomi negara.

“Guan Eng perlu bangun dari mimpi ekonomi Malaysia tidak berkembang malah semakin merosot.

“Guang Eng mengatakan ekonomi negara akan berkembang pada tahun 2020… tapi realitinya tidak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Najmil yang juga Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu menjelaskan bahawa kerajaan PH hari ini gagal menyelesaikan kelangsungan ekonomi negara.

“Ekonomi negara tidak akan berkembang malah semakin merosot kerana kerajaan PH masih lagi bergelut dengan masalah-masalah yang lama.

“Isu-isu yang saya senaraikan ini menjadi cabaran utama kepada kelangsungan ekonomi negara. Masalah ini gagal di selesaikan kerajaan PH pada tahun lepas.

Buktinya, beliau menyenaraikan seperti berikut:

1. Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNCTAD) mengatakan ekonomi global semakin merosot dan Malaysia tidak terkecuali daripada masalah ini.

https://www.bharian.com.my/…/petunjuk-jelas-kemelesetan-eko…

2. Pasaran tenaga kerja juga merosot di mana 24,600 pekerja diberhentikan majikan bagi tempoh Januari sehingga September. Apakah nasib golongan ini pada tahun 2020? Sudahkah kerajaan PH membela nasib mereka?

https://www.hmetro.com.my/…/504…/24600-pekerja-diberhentikan

3. Kerajaan perlu menekankan lagi usaha merapatkan jurang pendapatan antara kumpulan isi rumah dan juga antara etnik. Pemansuhan pelbagai insentif yang diberikan oleh kerajaan BN memburukkan lagi masalah ini.

https://www.google.com.my/…/jurang-pendapatan-makin-meluas-…

Beliau turut pernah menulis tentang “Tahun 2020 Akan Menjadi Lebih Mencabar”.

https://www.facebook.com/1548685092013795/posts/2494269320788696/?d=n – UMNO ONLINE



Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *