#PrkKimanis : Pengasas Warisan Parlimen Kimanis Hilang Kepercayaan, Nyatakan Sokongan Terbuka Terhadap BN

Selepas Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Pos menyaksikan penghijrahan bekas Ketua PDM Parti Warisan petang tadi, malam ini pengasas parti berkenaan di Bongawan dan Kimanis pula mengambil langkah yang sama bersama pengikutnya.

Pengiran Yusuf Pengiran Abdullah yang juga Ahli Jawatankuasa Parti Warisan Kimanis bersama 200 pengikutnya menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) setelah hilang kepercayaan kepada pimpinan atasan hingga ke bawah.

Penyertaannya untuk bersama BN disambut oleh Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin pada satu sidang media di command centre yang turut disertai oleh pimpinan BN Sabah lain.

“Dengan ini sukacita saya mengumumkan malam ini keluar daripada Parti Warisan dan akan menyokong BN. Saya keluar parti sebab hilang kepercayaan kepada kepimpinan atas hingga kepimpinan di Kimanis.

“Saya adalah pengasas Warisan..tetapi setelah beberapa lama Warisan memerintah kami diabaikan. Kepimpinan tiada ketelusan menghargai pejuang-pejuang.

“Jadi saya seru kepada kawan-kawan yang kecewa dengan pentadbiran Warisan…saya berazam dengan penyokong saya akan kita ranapkan Warisan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Katanya lagi beliau telah berjuang sekian lama termasuk wang ringgit, kesihatan siang malam telah dicurahkan kepada parti.

Sementara itu, beliau turut melihat autonomi yang diberikan kepada pemimpin UMNO negeri merupakan satu langkah yang baik dan UMNO di Sabah adalah parti ‘local’.

“Jadi kita serulah kepada mana-mana pihak yang salah aggap berkenaan soal ini. Kita sudah jelas…autonomi ini ia berikan kuasa perancangan pembangunan, perlantikan wakil-wakil rakyat kita pun dikuasai oleh pimpinan negeri. Bukan lagi merujuk kepada pihak atasan persekutuan.Jadi ini antara yang tertarik saya untuk menyokong BN.

“Manakala mengenai soal Pas Sementara Sabah(PSS) ianya bukan soal bangsa. PSS ini…Buat apa kita jaga kebajikan mereka sedangkan rakyat kita di sini menderita. Sepatutnya perkenalkan program-program rakyat, ekonomi rakyat dan sebagainya,” ujarnya.- UMNO-Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker