India rancang adakan lebih banyak sekatan ke atas Malaysia?

Share

Selepas sekatan ke atas import minyak sawit yang sudah mengundang kebimbangan di pihak Malaysia, kini ada pula ura-ura mengatakan India sedang menimbang untuk melaksanakan lebih banyak sekatan.

Perkara itu dilaporkan portal berita Times of India (TOI) yang menyebut sudah ada perancangan oleh negara itu untuk menyekat lebih banyak import eksport dengan Malaysia pada masa hadapan.

Terbaharu, India dikatakan sudah mengeluarkan arahan untuk menyekat kemasukan peralatan mikroproses dan telekomunikasi dari Malaysia malah pihak berkuasa negara itu juga telah mengeluarkan arahan kepada kastam untuk mematuhi arahan sekatan tersebut.

Ini juga mungkin antara tindak balas perdagangan pertama oleh India kepada Malaysia berhubung pendirian politik negara yang dikatakan ‘mencampuri’ urusan mereka.

Kata TOI, sebelum ini Dr Mahathir secara tegas telah berikrar untuk terus bersuara mengenai dasar kerajaan India yang bertentangan dengannya pada masa ini selepas New Dehli mengenakan sekatan ke atas import minyak sawit.

Selain daripada itu, Dr Mahathir juga mengkritik India kerana bertindak membatalkan status semi-autonomi Kashmir yang merupakan antara isu sensitif antara negara itu dan Pakistan.

Juga kritikan Dr Mahathir berhubung India memperkenalkan undang-undang kewarganegaraan yang dianggap anti-Islam yang kemudian di selar oleh pihak berkuasa India.

India juga dikatakan begitu kecewa dengan pendirian kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang enggan mengekstradisi pendakwah berkontroversi, Dr Zakir Naik kembali ke India atas dakwaan penggubahan wang haram serta aktiviti keganasan.

Dr.Zakir Naik
Dr. Zakir Naik
Zakir Naik juga dikatakan telah menyinggung perasaan yang bukan Islam di negara ini kerana beberapa ucapan ketika sesi dakwahnya sehingga banyak laporan polis di buat selain kini sedang melalui proses perundangan.

Dalam pada itu, TOI yang memetik sumber juga melaporkan Kementerian Perlombongan India ketika ini sedang mengawasi import dan berkemungkinan besar akan ada tindakan seterusnya dalam sekatan dalam beberapa minggu ini.

MalaysiaGazette

(Visited 15 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!