#PrkKimanis : Shahrol Shiro, Mak Long Gamatkan Pentas Diskusi Rakyat

Pelawak tanah air, Shahrol Shiro sekali lagi menggamatkan pentas Diskusi Rakyat anjuran Penerangan UMNO Malaysia.

Jika sebelum ini Shahrol pernah menggamatkan pentas sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019, kali ini Shahrol didatangkan khas ke Sabah sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Selain Shahrol, penceramah bebas Noran Zamini Jamaluddin yang sering membawa suara ‘Mak Long PTPTN’ turut sama menjadi tetamu dalam diskusi tersebut bersama-sama Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Menerusi program Diskusi Rakyat yang turut disertai kumpulan Buskers, ternyata ia menarik minat orang ramai untuk hadir bagi mendengar kupasan isu-isu yang berlegar hari ini khususnya yang berkaitan dengan negeri Sabah seperti isu Pas Sementara Sabah (PSS).

Lebih memeriahkan program apabila ‘wira 15 ribu’ Wee Jeck Seng iaitu Ahli Parlimen Tanjung Piai turut hadir.

PRK Kimanis diadakan susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 2 Disember lalu yang mengisytiharkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman ketika PRU-14 sebagai tidak sah dan terbatal.

Ia selepas Mahkamah Persekutuan mendapati ada kertas undi tambahan yang boleh menjejaskan keputusan pilihan raya tersebut, sekaligus menjadikan ia PRK ke-10 selepas PRU-14.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan Parlimen P176 Kimanis diadakan pada 18 Januari 2020. Penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala tarikh mengundi awal ialah pada 14 Januari. – UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker