#PrkKimanis : Kami Tetap Pilih BN, Warisan Menang Sebab ‘Lompat’, Bukan Rakyat Pilih – Pengundi

Barisan Nasional

Walaupun Barisan Nasional (BN) sebenarnya memenangi negeri Sabah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang lalu tetapi kerana faktor melompat parti, akhirnya terpaksa akur dengan undang-undang yang menyaksikan Warisan menjadi kerajaan negeri.

Warisan pro-Pakatan Harapan (PH) dilihat oleh rakyat gagal untuk mentadbir Sabah dengan baik malah pemimpinnya juga disifatkan tidak mesra rakyat.

Kini, apabila berlakunya Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, ia ibarat peluang kedua kepada rakyat untuk memberi signal bahawa BN adalah pilihan yang tepat dan sentiasa menjaga kebajikan rakyat.

Cornie, 49, berkata, hampir dua tahun pemerintahan Warisan, tidak kelihatan sebarang bantuan untuk orang kampung malah untuk berjumpa dengan wakil rakyat Warisan bagi mengadu masalah juga agak sukar.

“Setakat ini saya tidak nampak apa Warisan buat untuk orang kampung. Mungkin ada tapi di bandar. Sudahlah nak jumpa pemimpin mereka susah, mereka juga bukan mesra rakyat.

“Sebab itu saya pilih BN sebab saya percaya suatu hari pasti BN akan memerintah semula. Rakyat akan dapat melihat pentadbiran Warisan dan BN yang jauh berbeza.

“Selama 60 tahun banyak yang BN telah lakukan untuk negeri Sabah, contohnya jalan raya, eletrik luar bandar dan banyak rumah PPRT yang dibina,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Bagi Fadlis, 41, yang merupakan ahli parti Star berkata, dirinya akan membantu kempen BN di PRK ini bagi memastikan kemenangan milik BN.

“Warisan menuduh BN tidak buat apa-apa untuk Sabah. Saya mahu tanya, jalan yang mereka jalan itu siapa buat, lampu… air… itu daripada siapa? Bukankah daripada BN?

“Sebab itu walaupun ramai yang lompat parti tapi saya tidak akan terpengaruh kerana saya tahu Warisan adalah sebuah parti mesra kepada PTI,” ujarnya.

Seorang lagi pengundi di Kimanis ini, John, 70-an, berkata, Warisan menang bukan sebab dipilih rakyat tetapi kerana ada pemimpin yang melompat parti.

“Mereka menang tidak ikhlas, menang secara paksa… sebab itu saya tetap pilih BN kerana saya tidak yakin dengan parti baru,” ujarnya. – UMNO ONLINE

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker