Tiada pendakwaan kes video semburit – AG
Tiada pendakwaan kes video seks sejenis – AG
Jabatan Peguam Negara tidak akan mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis dikaitkan dengan seorang menteri dan Haziq Aziz.
Ini kerana pihaknya tidak dapat mengenal pasti individu terbabit dalam klip video yang tersebar pada Jun tahun lalu.
Peguam Negara, Tommy Thomas berkata, selepas menyemak keterangan yang dikumpul dan dikemukakan polis, timbalan pendakwa raya sebulat suara mengesyorkan kepadanya tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung kes itu.
“Saya menerima syor tersebut dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak. Selaras amalan biasa, penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi,” katanya dalam kenyataan hari ini.
You must be logged in to post a comment.