Tiada pendakwaan kes video seks gay melucukan, kata kumpulan pro Anwar

Share

Otai Reformasi menyifatkan keputusan Jabatan Peguam Negara memutuskan tidak akan mendakwa mana-mana pihak dalam kes video seks sejenis, menyasarkan seorang menteri dan bekas pemimpin Pemuda PKR kerana gagal mengenal pasti individu terbabit dalan video itu sesuatu yang melucukan.

“Kami tidak percaya dan tidak boleh terima alasan yang diberikan),” kata bendahari kumpulan itu, Ronnie Liu.

Kumpulan itu turut mendesak hasil analisa oleh pakar forensik termasuk dari Amerika Syarikat didedahkan kepada umum.

“Kami desak supaya dedahkan kepada umum, laporan penuh hasil siasatan foransik dalam dan luar negara,” katanya sambil memaklumkan jika perkara itu gagal ia dilakukan ia tidak akan meyakinkan rakyat bahawa individu yang dituduh tidak terlibat.

Ronnie pada masa sama turut mencadangkan supaya kerajaan melalui pihak berkuasa menghantar rakaman video itu kepada pihak forensik negara China apabila mendakwa teknologi dari negara itu paling berkesan.

“Kalau tidak, rakyat akan terus percaya kepada khabar angin, ia tidak menyakinkan rakyat,”katanya
FMT

Leave a Reply