Kadir Jasin dan Rais Yatim kecam tindakan SPRM



Sebaran :

Kadir, yang merupakan penasihat khas Mahathir mengenai hal ehwal media, mengingatkan bahawa SPRM boleh hilang kewibawaan dengan langkah berkenaan.

“Jangan didedahkan untuk buat ribut dan sensasi saja. Wajib siasat dan ambil tindakan. Kalau tidak orang tak percaya.

“SPRM boleh hilang kewibawaan malah boleh dituduh buat fitnah,” katanya dalam kenyataan di Facebook, semalam.



Seperti Haniff, Rais juga tertanya-tanya alasan SPRM memutuskan untuk mendedahkan rakaman itu kepada orang awam dan mengingatkan ia boleh menjejaskan perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung.

“Beberapa pendedahan rakaman audio perbualan telefon SPRM boleh menjadi bukti substantif dalam perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung.

“Tidakkan ia prejudis jika mendedahkannya sekarang? Ramai antara kita berfikir demikian. Apa tujuannya? Kitatidak diberitahu,” katanya dalam kenyataan di Twitter.




Sebaran :


Leave a Reply