Kredibiliti and intigriti SPRM dipersoalkan – Tok Mat

Share

SPRM sewajarnya bertindak dengan menyerahkan segala bukti baru berkaitan 1MDB kepada pihak polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya. Pendedahan apa jua bukti kepada umum seperti yang berlaku hari ni adalah ‘unprecedented’. SPRM mesti bertindak secara profesional dan apa yang di lakukan hari ini adalah tidak menepati standard profesionalisme yang dikehendaki.

Pendedahan perbualan ketua negara dengan sorang pemimpin negara asing adalah perkara kerahsiaan yang sangat penting. Ia tidak wajar didedahkam dengan sewenangnya tanpa melalui proses undang-undang. Pendedahan hari ini akan pasti mengundang masalah dengan Kerajaan UAE.
SPRM sewajarnya memahami kepentingan untuk Malaysia tidak berkonflik dengan mana-mana negara dalam usaha kita mencari kebenaran berkaitan skandal IMDB.

Polis mesti melakukan siasatan terperinci tentang pendedahan bukti baru ini agar hak, kepentingan dan keadilan dapat dicapai. Pendedahan yang telah dilakukan hari ini telah seperti mensabitkan nama-nama mereka yang terlibat sebagai bersalah dan menimbulkan prejudis yang sangat mendalam terhadap mereka.

SPRM adalah institusi awam yang mesti menjalankan tugasnya secara berpelembagaan dan penuh wibawa.

Apa yang dilakukan hari ini telah menyebabkan profesionalisme, wibawa dan integriti SPRM dipersoalkan.

Dari FB Mohamad Hassan

Leave a Reply

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!