Program Sarapan Percuma hanya wayang Kerajaan PH. · MYKMU.NET

Program Sarapan Percuma hanya wayang Kerajaan PH.

Share

#WayangPHdalamPSP

Akhirnya terjawab juga isu Program Sarapan Percuma (PSP) ini.

Kalau anda semua masih ingat, semasa sesi sidang Dewan Rakyat lepas, saya telah membangkitkan isu ini.

Saya tanya kerajaan PH, kenapa PSP dicanang untuk dilaksanakan pada tahun 2020 tapi tidak dimasukkan dalam Buku Belanjawan 2020? Kesilapan Lim Guan Eng sebagai Menteri Kewangan atau kecuaian Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan?

Boleh tonton video di sini :

Menteri tak jawap soalan saya mengenai PSP. Angkuh betul respon dia :

Iyalah, nak buat PSP dengan kos RM1.6 bilion tapi sumbernya tidak ada. Kalau betul dan ikhlas nak buat, mestilah dimasukkan dalam Buku Belanjawan 2020.

Apa yang tertera dalam buku Belanjawan 2020 cuma peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sebanyak RM295 juta. Ke mana perginya peruntukan PSP bernilai RM1.6 bilion? Tersirat di butiran mana? Lupa nak tulis dan cetak?

Mula-mula kata nak buat di seluruh sekolah dan memanfaatkan 2.7 juta pelajar. Tapi sekarang, hanya 100 buah sekolah sahaja dengan menggunakan hasil kutipan cukai gula. Oh ya tak ya, bermula tahun 2020 ini banyak cukai baharu dikenakan kepada rakyat.

Eh kejap, terbaru dikatakan ia akan dibiayai oleh swasta pula.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/210371

Biasalah, inikan PH. kenyataan mereka selalu berubah-ubah, U-turn sana sini. Apa boleh buat…

Dari FB Wee Ka Siong

Leave a Reply