#PrkKimanis : Kali Ini Kita Ubah Balik, Undi Hanya Untuk BN – Pengundi

Share

Melihatkan sambutan hangat yang diberikan warga Sabah kepada calon Barisan Nasional (BN) sempena kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis, jelas kelihatan rasa kecewa dan marah rakyat kepada kerajaan hari ini iaitu Pakatan Harapan (PH) di bawah Warisan.

Bagi mendapatkan kepastian UMNO-Online mendekati pengundi muda di kem PKR di Kampung Pimping.

Rata-rata mereka mengeluh dan melahirkan rasa yang kecewa dengan cara pentadbiran kerajaan negeri di bawah parti Warisan.


Bagi Mohd Hairul Azmi, 22, semasa zaman BN, banyak bantuan untuk anak muda tetapi sekarang ini semuanya tidak ada lagi.

“Perubahan baik yang dijanjikan oleh Warisan tidak ditunaikan, hanya BN sebenarnya yang benar-benar menjaga kebajikan rakyat,” ujar beliau.

Zulfadli Encik Raof 28, turut mengakui kehidupan belia sekarang ini semakin terhimpit.


“Kos sara hidup main meningkat, dulu BN dapat banyak kemudahan… BR1M penuh sekarang sejak PH yang kawal tidak dapat lagi. Semua barang pun naik, minyak pun naik, kehidupan jadi makin susah,” luahnya.

Seorang lagi yang hanya mahu dikenali sebagai Helmi berkata, walaupun dia adalah ahli PKR tetapi pada 18 Januari nanti dirinya bakal mengundi calon BN.

“Saya bukan mengkhianati parti tetapi saya mahukan kehidupan yang dulu. sejak Warisan ambil alih, mereka hanya tahu berjanji tapi tidak tunaikan.


“PTPTN juga tidak dihapuskan maka saya tidak ada pilihan lain selain daripada mengundi calon BN. Pada PRU-15 nanti saya juga akan mengundi calon BN,” ujarnya lagi. – UMNO ONLINE

Leave a Reply