PH perlu kaji semula perjanjian Anwar sebagai PM

BUKAN tidak simpati dengan insan bernama Anwar Ibrahim. Beliau pernah berada di kemuncak dan hanya selangkah lagi untuk menjadi perdana menteri.

Tiba-tiba kesemua itu direnggut begitu sahaja dan tidak cukup itu, beliau kehilangan kehidupan selama puluhan tahun.

Jadi apabila beliau dibebaskan daripada penjara selepas mendapat pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong tempoh hari ia menjadi satu fenomena lantaran segala pertuduhan sebelum ini dikatakan satu konspirasi politik.

Kini beliau berada di dalam arus perdana politik negara kembali. Tapi Anwar bukan lagi pemimpin yang suatu ketika dahulu orasi politiknya bisa memukau sejuta umat. Dengan menonton video ucapan beliau di youtube sahaja sudah bisa membangkitkan semangat perjuangan.

Anwar tidak lagi menjulang isme perjuangan sebagaimana ketika beliau sedang meroket naik di dalam arena politik.

Kini isme beliau terlampau tertumpu kepada merealisasikan impian menjadi perdana menteri.

Justeru kerana terlalu beria-ia untuk menampilkan diri sebagai orang yang paling layak menggantikan Dr. Mahahtir Mohamad, Anwar semakin layu personalitinya.

Pergerakan Anwar pula mudah ditebak, tidak seperti Dr. Mahathir yang sukar dijangka.

Kes Yusoff Rawther yang mendakwa telah diserang Anwar secara seksual songsang hinggakan dia melakukan ujian poligraf untuk membukti dakwaan yang dibuat adalah benar, telah meletakkan Anwar dalam keadaan sangat tidak selesa.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Hamid Bador akan membentangkan siasatan kes itu kepada Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.

Apakah Tommy yang selama ini konsisten menyatakan pendakwaan dan sabitan Anwar bagi kes lampau sebagai konspirasi politik akan mengubah pendirian jika mendapati Yusoff lulus ujian poligraf?

Ataupun beliau akan kekal menyatakan ia tetap bermotifkan politik dan jika itu berlaku maka orang politik akan lebih kebal daripada mana-mana makhluk di dunia ini.

Tetapi jika Yusoff gagal, maka ambil tindakan dan bersihkan nama Anwar dan itulah yang mahu didengar oleh majoriti rakyat. Rakyat sudah jelak dengan kenyataan berunsurkan politik. Rakyat mahukan kebenaran.

Bagi Haniff Khatri Abdulla iaitu peguam Yusoff, Peguam Negara Tommy Thomas tidak wajar terlibat di dalam kes berkenaan kerana selama ini beliau konsisten menganggap semua pertuduhan dan sabitan terhadap Anwar adalah bermotifkan politik.

Menarik juga untuk dilihat dapatan kaji selidik Merdeka Center yang dibuat di antara 22 November sehingga 29 November 2019 yang dikeluarkan oleh media baru-baru ini.

Kajian ini mendapati Anwar hanya mendapat 32 peratus sokongan responden sebagai PM berbanding 42 peratus sokongan yang diperolehi oleh Dr Mahathir.

Lebih signifikan ialah dapatan hanya 13 peratus responden Melayu memilih Anwar sebagai PM berbanding 58 peratus responden Melayu yang memilih Dr Mahathir.

Anwar bagaimanapun mendapat sokongan padu responden bukan Melayu dengan 58 peratus responden Cina dan 62 peratus responden India memilih beliau sebagai PM.

Bagaimana agaknya Anwar mahu menjadi PM yang baik dengan sokongan hanya 13 peratus responden Melayu yang merupakan golongan majoriti di negara ini?

Justeru jika peratusan itu terus tidak berubah atau menurun maka wajib Pakatan Harapan mengkaji semula perjanjian untuk menjulang Anwar sebagai PM.

Sokongan orang Melayu menurun adalah mudah difahami sudah tentu berkait rapat dengan soal moral dan aqidah. Kisah songsang yang terus melingkari Anwar menyebabkan mereka mulai tawar hati.

Orang Melayu beragama Islam tidak akan memilih pemimpin yang jika disahkan terlibat dengan kegiatan tidak bermoral, apatah lagi seksual songsang.

Apakah Anwar mahu melakukan sumpah laknat sebagaimana bekas perdana menteri, Najib Razak yang dituduh membunuh Altantuya dan turut melakukan ujian poligraf sebagaimana Yusoff, itu terserah kepada beliau.

Jika kedua-dua perkara itu dilakukan dan beliau lulus sokongan orang Melayu akan kembali. Tidak perlu penyokong beliau berdemonstrasi dan mendesak dan menggesa setiap hari supaya Dr. Mahathir menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar.

Ini demi masa hadapan negara bukan masa hadapan Anwar. Saya sendiri tidak berminat untuk menulis tentang Anwar jika beliau seorang penoreh getah di kampung kerana kesan kepada pembangunan negara bangsa adalah minimum.

Tetapi ini soal kepimpinan negara masa hadapan.

Suara Merdeka

Related Articles

One Comment

  1. raja liwat(anwar ibrahim) telah membuat tomi tomas dalam dilema sekiranya raja liwat terus melengah dari membuat sumpah laknat…kesanggupan raja liwat membuat ujian poligraf atau sumpah laknat boleh membuat tomi tomas merasa lega serta senang hati untuk menolak keperluan raja liwat didakwa/dibicara di mahkamah untuk kes liwat 3.0 walaupun yusoff lulus ujian poligraf

    ketidakberanian raja liwat membuat sumpah laknat ibarat sembelit dihidapi tommy tomas, legakanlah dia!

    tak sabar rakyat menunggu apakah & bagaimana kenyataan hamid bodo errr bador bersama tomi tomas umumkan tentang hasil(tulen atau palsu) kajian video semburit azmin ali yang dikatakan telah dilakukan di US

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker