#PrkKimanis : Warisan Tipu Pengundi Cara Pintu Belakang, PSS Bukan Manifesto PRU-14

Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan menjelaskan bahawa isu sebesar Pas Sementara Sabah (PSS) tidak ada dalam manifesto Warisan semasa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Katanya, rakyat telah mengundi Warisan tanpa mengetahui Warisan akan membuat satu kejutan besar dengan memperkenalkan PSS selepas PRU14.

“Ini menipu pengundi cara pintu belakang. Hal sebesar PSS sepatutnya dijadikan manifesto Warisan barulah ‘gentleman’. Biar rakyat menentukan waktu PRU14 sama ada Warisan layak untuk diundi atau tidak,” tegas beliau dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya.

Sekarang katanya, Warisan berdepan dengan rakyat Kimanis melalui Pilihan Raya Kecil (PRK).

“Kali ini Warisan tidak dapat menyembunyikan dasar PSS mereka. Kali ini pengundi Kimanis sudah tahu Warisan mahu memperkenalkan PSS pada bulan Jun tahun ini.

“Kesimpulannya mengundi Warisan dalam PRK Kimanis bermakna bersetuju dengan PSS. Tepuk dada tanyalah selera!”

Dilaporkan, September lalu Shafie yang juga Ketua Menteri Sabah memaklumkan satu dokumen baharu dikenali sebagai PSS akan dikeluarkan kepada warga asing di Sabah berkuat kuasa 1 Jun 2020. – UMNO ONLINE

Oleh: Farhana Malek

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker