Najib Mahu Dipenjarakan Sebelum Habis Membela Diri?

oleh Ab Jalil Backer

Tindakan Pendakwaraya memohon kepada Mahkamah untuk mengambil tindakan ke atas Najib Razak mengikut Seksyen 145 (1) dan Seksyen 155 (c) Akta Keterangan merupakan satu langkah luar biasa dan terdesak untuk memenjarakan bekas Perdana Menteri tersebut.

Permohonan yang dilakukan pagi tadi sangat luar biasa kerana peruntukan ini lazimnya diguna oleh Pendakwaraya ke atas saksi yang berpaling tadah.

Ia juga lazimnya dipohon oleh Peguam Bela yang mempunyai maklumat kenyataan saksi kepada penyiasat mempunyai beberapa versi yang bertentangan dengan keterangan kepada mahkamah.

Sebaliknya dalam kes ini, Pendakwaraya cuba menggunakan peruntukan ini ke atas seorang tertuduh yang telah dipanggil bela diri.

Tertuduh yang telah dipanggil membela diri berhak mempertahankan dirinya dengan apa cara sekali pun untuk diadili oleh Hakim.

Apa yang Najib Razak minta hanyalah mendapatkan pakar tulisan tangan bagi meneliti tandatangan yang dirujuk pada dokumen penting SRC sama ada tulen ada tidak.

Mengapa Pendakwaraya begitu cemas dan takut sekali dengan permohonan ini?

Jika keterangan Najib Razak berbeza dari keterangan kepada SPRM dan tandatangan tersebut adalah tulen, maka tiada apa yang patut pasukan pendakwaraya bimbangkan.

Apabila pendakwaraya melakukan tindakan terdesak seperti ini maka orang awam akan tertanya-tanya apakah ada sesutu yang mahu ditutup oleh pasukan pendakwaraya dan SPRM?

Bukankah Pendakwaraya sepatutnya sebahagian dari pasukan mencari keadilan bukannya meraih kemenangan semata-mata?

Tampak dalam kes SRC ini kemenangan lebih penting dari mencari keadilan.

Related Articles

2 Comments

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker