Antara jasa terbesar Maszlee Malik

oleh Ab Jalil Backer

Banyak sangat kelemahan Maszlee untuk ditulis. Cuma saya rasa yang terbesar ialah ego beliau lebih tinggi dari fizikalnya.

Sejak sebelum jadi menteri sehingga menjadi menteri beliau menyakitkan hati banyak orang tanpa ada keperluan berbuat demikian pun. Beliau antara segelintir orang yang ada ilmu agama tetapi tidak menunjukkan sikap bersederhana dalam tutur kata dan perbuatan.

Beliau menghina orang yang tidak mengundi parti yang beliau dokongi; beliau menghina penerima BR1M; beliau menamatkan langganan Utusan; tangan beliau hampir memusnahkan ITBM; beliau melakukan pelbagai penukaran jawatan atas kepentingan kelompok Ikram; dan beliau menganiaya berapa ramai kontraktor Melayu yang terpaksa melalui beberapa kali proses tender semula.

Pendeknya banyak sangat orang yang berdoa sebab merasa teraniaya dengan Maszlee Malik ini.

Satu-satunya jasa terbesar beliau kepada bidang pendidikan ialah menukar kasut putih kepada kasut hitam. Ini bukan perli tetapi satu pujian.

Kebanyakan pujian lain mengenai reformasi pendidikan itu sebenarnya telah ada dalam pelan pendidikan yang telah dirancang tetapi diambil pujian oleh Maszlee secara berseorangan.

Pengajaran kepada ahli politik UMNO juga, jagalah tutur kata dan perbuatan kita jangan sampai rakyat rasa terhina dan terniaya.

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker