Lim Guan Eng Mendabik Dada, DAP menang Dalam Kabinet

Share

 

Bangga sekali nampaknya Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, menobatkan diri dan partinya sebagai pejuang Cina.

Padahal yang dia lawan dan dia menang itu adalah rakan-rakan dalam kerajaan dan pakatan yang dianggotai olehnya sendiri.

Padahal tindakannya ini akan menguatkan lagi persepsi bahawa dia dan partinya adalah cauvinis Cina yang anti perpaduan.


Padahal tindakannya ini akan menguatkan lagi persepsi bahawa kerajaan dan pakatan yang dianggotai olehnya didominasi olehnya.

Inilah kata-kata berunsur riak dan bongkak Lim Guan Eng yang disiarkan oleh akhbar Cina, Oriental Daily, semalam, 1 Januari 2020:

(1) “Kalau bukan kerana DAP, mana mungkin tulisan jawi yang wajib di sekolah-sekolah Cina boleh jadi pilihan, mana mungkin tulisan jawi yang 6 muka surat di sekolah-sekolah Cina boleh jadi 3 muka surat, dan mana mungkin PIBG di sekolah-sekolah Cina boleh tentukan sama ada pelajar perlu belajar tulisan jawi atau tidak?”


(2) “Kalau bukan kerana DAP, mana mungkin dana kerajaan untuk sekolah-sekolah Cina ditambah, mana mungkin sekolah-sekolah persendirian Cina boleh dapat dana kerajaan, dan mana mungkin dana kerajaan ini boleh diagih sama tahun dengan tahun ia diluluskan?”

Dr. Kamarul Yusuf

Leave a Reply