Batalkan pengecualian visa, utamakan keselamatan negara

Pas menggesa kerajaan supaya menyelesaikan isu lambakan pelancong warga China dan India yang bermastautin di negara ini dalam kadar segera.

Timbalan Presidennya, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu keselamatan menjadi keutamaan berbanding sasaran pelancong sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020.

Menurutnya, pengecualian visa yang diberikan khusus kepada pelancong warga China dan India pada 2016 dan 2017 perlu dihentikan supaya isu permastautinan mereka diselesaikan segera.

“Penyelesaian isu lebih 95 peratus pelancong China dan India yang tiada rekod tarikh keluar antara tahun 2016 hingga 2018 adalah perkara utama yang perlu diselesaikan kerajaan.



“Jumlah sebenar yang didedahkan oleh Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) ialah melebihi 115,000 orang dan berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 juga mendapati kira-kira 1.26 juta warga China dan 296,000 warga India sedang diproses secara manual di bawah MyIMMs,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Pas mahu pihak kerajaan tidak berkompromi dan mengambil mudah dengan kemasukan warga asing di negara ini.

“Pas mendapati banyak isu seperti sindiket penjualan dan pemalsuan kad pengenalan, tangkapan hampir 1,000 warga China yang terbabit dengan penipuan dalam talian, penurunan had ambang pemilikan hartanah warga asing dan lambakan pendatang asing tanpa izin.

“Masalah kritikal yang dihadapi ialah wujudnya kelemahan yang serius dalam pelaksanaan Sistem Maklumat Pendaftaran Pelancong Elektronik (eNTRI) dan juga MyIMMs ketika pemprosesan di pintu-pintu masuk pelancong,” katanya.



Beliau berkata, meskipun banyak syarat perlu dipatuhi, namun isu-isu yang dihadapi selama ini lebih besar dan Pas mahu pengecualian visa tahun 2020 dibatalkan selagi isu-isu tersebut masih belum diselesaikan.

Sinar

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker