#PrkKimanis : Azam Tahun Baru ‘Ubah Balik’ Bergema

Kedatangan tahun baru 2020 yang disambut seluruh negara oleh seluruh rakyat tepat jam 12.00 malam tadi tentunya diiringi dengan pelbagai tekad dan juga azam masing-masing.

Begitulah juga di Kimanis, dengan di Kg Papas ada sedikit kelainan apabila lontaran dan laungan azam ‘ubah balik’ bergema menerusi Kenduri Rakyat yang dihadiri oleh penduduk setempat.

Ketua UMNO bahagian Kimanis Datuk Mohamad Hj Alamin berkata apa yang berlaku di Kimanis adalah bukan soal ketua bahagian atau pun mana-mana pemimpin UMNO Sabah tetapi ianya adalah untuk kepentingan dan kebajikan rakyat.

“Sama-sama kita tanamkan azam dan nawaitu kita kerana ini adalah perjuangan rakyat. Ini bukan soal ketua bahagian mahupun timbalan ketua bahagian, bukan soal Datuk Seri Bung Mokhtar tetapi ini soal rakyat.

“Soal rakyat yang kini semakin menderita, semakin sengsara akibat apa… akibat telah ‘ditipu’. Kerajaan hari ini gagal membela nasib rakyat. Macam-macam bantuan dihilangkan dan sebagainya lagi,” katanya dalam ucapannya.

Katanya lagi hanya rakyat terutama pengundi yang mampu mengubah keadaan hari ini dan PRK Parlimen Kimanis adalah peluang yang terbaik.

“Kita luruskan niat kita, kita panjatkan doa kepada Allah swt, semoga perjuangan kita usaha-usaha kita bersama akan dipermudahkan. Percayalah hanya kita sendiri yang mampu mengubah keadaan ini.

“Makanya pada PRK Kimanis ini adalah peluang terbaik untuk kita menyatakan isyarat yang jelas kepada kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang telah gagal selama ini,” ujarnya lagi. – UMNNO Online

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker