Lambakan warga China, India sindiket terancang?

Share

 

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bimbang dengan isu lambakan kemasukan pelancong China dan India ke dalam negara yang tidak mempunyai rekod keluar.

Perkara ini begitu serius dan boleh menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara.

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2, sepanjang 2016 sehingga 2018, sebanyak 79,799 data ketibaan warga China dan 41,243 warga India melawat ke negara ini.


Namun, Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) merekodkan sejumlah 76,258 (95.6%) warga China dan 39,806 (96.5%) warga India tidak mempunyai rekod keluar.

Pada 21 Ogos 2019, telah berlaku gangguan sistem rangkaian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selama tiga hari. Ia menjadi catatan hitam dalam sejarah negara.

Dalam tempoh tersebut, tular di media sosial segerombolan warga China masuk ke Malaysia atas tiket pelancong.


Perkara ini dilihat sebagai satu tindakan terancang apabila Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holding Berhad (MAHB) membuat laporan kepada Jabatan Imigresen dan PDRM supaya menyiasat kegagalan rangkaian di KLIA itu seperti satu tindakan berniat jahat.

Ia seperti mempunyai kaitan dengan sindiket kad pengenalan, passport dan sijil kelahiran palsu di Pulau Pinang yang menyebabkan lebih 20 suspek telah ditangkap termasuk seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk T Narenasagaran, mengatakan pihaknya percaya sindiket ini bukan sahaja berlaku di Pulau Pinang malah di negeri-negeri lain dan percaya sudah lama beroperasi.


PAS menegaskan secara total agar pihak menteri dan pihak berkuasa segera menyiasat sindiket kemasukan warga China dan India serta kaitannya dengan sindiket kad pengenalan palsu secara menyeluruh.

Jangan kerana kepentingan pihak tertentu untuk mempertahankan kuasa politik, kedaulatan dan keselamatan negara tergadai di tangan orang asing.

‘Islam Memimpin Perpaduan’
‘Muafakat Nasional Membina Malaysia Sejahtera’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
31 Disember 2019 | 4 Jamadilawal 1441

Leave a Reply