Kereta Mewah Menteri dan Kereta Sedan Rakyat, Menteri Bermewah Dalam Derita Rakyat..

 

Kerajaan dilaporkan akan membeli 32 buah MPV Toyota Velfire untuk kegunaan Menteri ketika negara dikatakan tiada wang.

Ketika menteri bermewah-mewahan, rakyat bawahan menyambut tahun baru 2020 dengan harapan yang kelam. Ekonomi merosot, kos sara hidup meningkat, hubungan antara kaum dan agama merosot teruk.

Bila menteri dengan kereta mewah, mereka tidak lagi memahami perasaan rakyat. Terbaru rakyat yang mempunyai 3-4 orang anak bawah 12 tahun dan tidak mampu membeli MPV Velfire bersedialah membayar saman kepada kerajaan.

Tidak mungkin ada kereta sedan mampu memuatkan 3-4 kerusi kanak-kanak dalam satu kereta.

Memang negara barat melaksanakan peraturan ini sebagai langkah tambahan untuk keselamatan jalan raya. Namun negara barat mempunyai budaya dan cara hidup berlainan dengan Malaysia dan rantau Asia Tenggara ini.

Akan ada penyokong Kerajaan berhujah secara membuta tuli apa tidak sayang anak.

Isunya kemampuan rakyat untuk melaksanakan agak tidak berpatutan. Dan ingat ‘keywords’ ialah keselamatan tambahan bukannya keselamatan asas (basic).

Jadi ketika Menteri bermewah-mewah dengan wang rakyat, rakyat ditambah beban dengan saman-saman jalan raya yang rakyat tiada pilihan.

Dulu sebelum menang macam-macam janji termasuk menghapuskan AES. Bila menjadi kerajaan, jalan raya dijadikan tempat mudah menambah pendapatan negara.

Bukan sahaja AES bertambah banyak, pelbagai peraturan baru diperkenalkan hanya untuk menambah cara mengutip duit dari rakyat.

Keselamatan tambahan jalan raya ini sepatutnya dilakukan melalui kempen kesedaran sahaja bukan saman.

Namun kita faham kempen sahaja tiada pendapatan kepada kerajaan. Tiada pendapatan bagaimana hendak menampung kereta mewah menteri.

Ab Jalil Backer

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker