Hampir 2020, analisis video seks masih tak umum

MCA membangkitkan persoalan sama ada pihak polis akan mendedahkan perincian analisis oleh pakar Amerika Syarikat berkaitan video seks sejenis yang didakwa melibatkan seorang menteri.

Jurucakap MCA Chan Quin Er berkata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman, Huzir Mohamed pada bulan lepas berkata keputusan analisis dijangka diperoleh sebelum tahun baru.

“Hari ini 31 Disember. Tahun dan dekad ini akan berakhir dalam beberapa jam lagi.

“Tetapi kita bukan saja masih belum dengar apa-apa berkaitan keputusan analisis yang dikatakan itu, malah nama universiti di Amerika yang video itu dihantar untuk analisis pun kita tidak tahu,” katanya.

Chan berkata jika keputusannya tidak dapat disediakan pada hujung 2018, penangguhannya patut diumumkan.

“Adakah polis mampu umumkan dapatan analisis itu hari ini?

“Adakah nama menteri itu akhirnya akan dibersihkan, atau dia akan didakwa atas kesalahan bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan?

“Atau mungkin kesalahan Seksyen 377A tidak lagi dipandang serius oleh PDRM?” soal Chan.

Menteri ekonomi Azmin Ali menafikan dakwaan itu.

Mkini

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker